Tuesday, August 14, 2012

~penyesalan Ramdhan~

... Sejak Ramadhan yg pertama, Nur sentiasa mengisi hari-harinya dengan ibadah yg terbaik. Peluang menyambut Ramadhan di rumah pada cuti semester kali ini, sedikit membawa kegembiraan buatnya. Manakan tidak, dia punya lebih masa untuk melakukan ibadah-ibadah terbaik. Tadarus al-quran, solat-solat sunat, bangun malam, solat terawikh di masjid bersama keluarga dan dapat membantu ibunya. Dia melayari Ramadhan kali ini dalam keberkatan.
... Pada malam hari, dia akan hanyut dalam tahajudnya, penuh kekusyukkan. Tiada apa yg lebih diimpi melainkan keampunan dari Allah. Dalam sendu dan air mata, dia menangisi segala dosa dan kesilapan yg telah dilakukan. Moga-moga Allah memakbulkan doanya.
... 10 malam terakhir, semua umat Islam semakin berlumba-lumba menambah amal ibadat mereka. Pastinya kerana mahu menemui lailatul qadr yg dirindui. Paling tidak sekali dalam seumur hidup, setiap hamba Allah pasti ingin merasai malam terbaik itu. Namun, perlu diingat, 10 malam terakhir bererti Aidilfitri juga semakin menghampiri. Ada juga sebahagian umat islam yg lebih sibuk membuat persiapan hari raya. Nur juga tidak terkecuali. Kuih raya, mengecat rumah, menjahit langsir, membeli baju raya dan sebagainya.
.... Lalu, hari demi hari, tenaga Nur semakin berkurangan. Dia mula berasa malas untuk mengerjakan solat terawikh di masjid. Dia semakin kerap terlepas solat malam dan bilangan mukasurat bagi bacaan al-Qurannya juga semakin berkurangan. Semangat untuk mendapatkan lailatulqadr sudah semakin menyusut. ...Astaghfirullahalzim..........hingga malam terakhir Ramadhan, Nur baru tersedar jiwa Ramadhannya semakin kosong. Dan dia mungkin sudah terlepas malam lailatul qadr. Lalu dia kembali bersujud di keheningan malam, menangis meratapi kealpaan dan kelekaannya. Sehingga dia tersedar di subuh Aidilfitri bersama alunan takbir raya. Sekali lagi, airmatanya menitis, menangisi Ramadhan yg sudah berlalu..
...Mungkinkah Nur dapat bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan. Bulan mulia ini sudah berlalu pergi. Moga segala ibadahnya pada bulan Ramadhan lalu diterima Allah dan semoga diberi pengampunan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha menerima taubat. Dia mengetahui segala isi hati
~~ penyesalan Ramadhan Nur~~

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home