Thursday, July 26, 2012

...hari itu bulan Ramadhan..aku dan Amna leka dengan tadarus sejak subuh lagi. Mengenangkan bulan yg hanya datang setahun sekali, aku tekad mengisinya dengan ibadah yg terbaik. Selesai menyudahkan bahagian pertama dalam juzuk baru untuk Ramadhan yg ke-4 hari itu, aku bangkit dari tikar sejadah yg kebelakangan ini kerap menggantikan katil empukku. Aku memeriksa telefon bimbit yg sengaja aku biarkan di dalam mood 'silent' krn tidak mahu ianya menganggu ibadahku. Ada panggilan dari ibu. Aku mudah sahaja mengagak sebab panggilan itu masuk. Ibu pasti mahu bertanya mengapa belum pulang-pulang lagi ke rumah untuk berbuka puasa bersama. Soalan ini yg cuba aku elakkan sehabis baik. Bukan aku cuba mengingkari perintah ibu atau mengabaikan harapannya, cuma yg menanti di kampung, hanya sebuah harapan yg mendesak jawapan. Aku semakin buntu.
....Hari ini hari cerah, sabtu yg cerah, jadi aku tidak perlu ke universiti dan menghadap pelajar-pelajarku seharian. Namun cuti bukan bermakna rehat, bukan melambangkan kemalasan. Terutama ini adalah Ramadhan. Aku memutuskan untuk menambah sedikit ilmu tentang persoalan bida'ah. Buku tebal itu ku capai dan mula khusyuk dalam pembacaan. Leka sehingga baru sedar jam sudah menginjak ke jam 10. Amna mengajakku menziarahi sebuah rumah anak-anak yatim yang terletak di Gombak, seiring dengan amalan mulia sempena Ramadhan ini. Sebelum ke sana, kami sempat menyediakan sedikit cenderahati dan juga sumbangan wang buat anak-anak kecil itu walau tidak seberapa. Ketika aku sampai dan sejurus melabuhkan pandangan pada anak-anak itu, pantas mindaku berputar mengulang memori. Bagaimana aku, 20 tahun yg lalu telah dikutip oleh sepasang suami isteri dari rumah anak yatim yg seperti ini juga. Aku, si sebatang kara yg ditinggal ibu dan ayah tanpa ku ketahui sebab dan alasannya, dan sepasang suami isteri itu yg ku gelar ibu dan abah, punya seorang anak lelaki yg dua tahun lebih tua dariku, yg kugelar sbg Along. kerana dia abangku. Ya,,dia adalah abangku.................
....Dan kini,,selepas 20 tahun, Along itu hadir bukan menuntut kasih seorang adik, tetapi mengharap kesudian menjadi surinya. Namun aku tidak betah menghampakan ibu dan abah. Mereka mahu bermenantukan Kak Maisarah, graduan Al-Azhar yg tentunya solehah. Dan aku, hanya seorang tunggal yg menumpang teduh sebentar dan lebih bersama Tuhannya sejak dahulu lagi. Namun Along lebih tekad dengan nalurinya. Tapi mengapa aku? mungkin dia keliru dgn kasihnya. Namun jika berdebat, persoalan itu tidak pernah selesai kerana kata Along, dia mahu aku menjadi surinya yang menemani jihadnya. Bukan di sisi sebagai seorang adik yg tidak halal untuknya. Aku jadi bingung kerana apa? kerana aku jua mengimpikan pemimpin soleh seperti Along. Along yg sentiasa menjaga batasnya denganku sejak dari mula. Itulah yg membuatkanku kagum dan hormat, sehingga ingin menjadikan dia yg halal bagiku. Aku bingung lagi. Namun, sempena Ramadhan ini, kuharapkan Allah mempermudahkan segalanya buat kami. Biar kami temui satu jalan keluar dari kerunsingan. namun kasihan, ibu dan abah dihukum dalam ketidaktahuan. 
..tiba-tiba ada pesanan ringkas masuk, dari Along. Kubuka perlahan-lahan dan cuba menghadam tiap bait katanya. "ibu dan abah mahu adik pulang segera. Ini mustahak. Sila abaikan dahulu soal kita. Pulang ya?" lihat! dia memanggil aku "adik",bagaimana dia mahu memperisterikan adiknya. Namun bukan itu yg menggamit perhatianku, tapi soal yg kedengaran begitu mustahak itu. Apa lagi, apa lagi kejutan ini. Moga kejutan yg baik saja, kerana aku tidak mahu berduka dalam Ramadhan........
...Aku tiba di rumah pagi ahad itu. Kelihatan ada sebuah kereta lain selain dari kereta Along dan abah. Hatiku tertanya-tanya siapa gerangan pemilik Waja kelabu itu. Salam bersambut dari dalam. Along keluar menyambutku dengan senyuman bersama tanda gusar. Ibu menyambut tanganku. Ada tetamu rupanya. Seorang perempuan lebih kurang sebaya ibu, melontar pandangan sayu padaku. Siapa dia?
...mungkin ada yg hairan mengapa begitu mudah aku menerima. Bukan tujuan untuk aku memendekkan kisah ini, namun siapa kita untuk menghukum kisah silam seseorang. Aku hairan mengapa pemikir-pemikir lain asyik mahu menghukum. Adakah mungkin kisah silam seseorang tidak layak untuk dimaafkan sedangkan Tuhan sendiri telah memberi keampunan. Kita siapa? lalu aku menerima kepulangan ibu kandungku dengan hati yg terbuka. Along, ibu dan abah kelihatan terkejut dengan penerimaanku. Namun aku hanya tersenyum dan berkata "andai adik mahu mengambil berhari-hari dan berbulan masa untuk memanjangkan krisis ini, bagaimana jika di pertengahannya salah seorang dari kami dijemput Tuhan. Langsung, tiada memori yg bakal tercipta." Aku mahu sekurang-kurangnya aku hidup bersama sedikit memori itu, biar terlewat. Allah kini sedang menjawab doa yg ku titipkan pada Ramadhan-ramadhan yg dahulu.
.....Di pertengahan Ramadhan itu, aku menerima khabar bahawa kak Maisarah sudah dilamar menjadi suri oleh ustaz di kampung kami. Aku tidak pasti ini petanda apa. Mungkinkah kekusutan selama ini bakal terlerai. Dan tengah hari itu ibu menelefon, meminta aku untuk pulang lagi. Dan kali itu, aku pulang menjawab sebuah harapan. Ajaibnya Ramadhan. Segala kekusutan yg aku sendiri saja tahu, betapa ia mengusut jiwa dan menggoncang ketenangan, akhirnya berakhir jua. Kata abang pada ibu dan abah, " selepas 20 tahun kita berempat bersama, along tak pernah berniat untuk menambah yg kelima. Along cuma berhajat untuk menjadikan yg keempat itu sebagai yg halal buat along dan abah." Aku mengalirkan air mata gembira dan terharu.
...ingatlah, keajaiban itu bukan mustahil. Kadang-kadang, apa yg dilakar di dalam drama itu terlalu rumit. Sedangkan, biar betapa besar dugaan dan persoalan itu, andai Tuhan berkata "kun fayakun", pasti dengan mudah ia terlerai. Jangan ada yg mempersoal mengapa cerpen ini begitu ringkas, mengapa tidak ada konflik dan warnanya. Biarlah warna dan kisah duka di sebaliknya, aku simpan sendiri. Pada dasarnya, kalian tahu persoalan sebenar dan kalian sedar betapa ajaibnya aturan Tuhan. Lebih ajaib dari hidupmu yg penuh drama.


-7 Ramadhan...27/7/2012-
*genap 20 tahun arwah abah meninggalkan kami*