Friday, August 17, 2012

~the next Ramadhan????~

adakah aku masih berpeluang untuk berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan?
prestasi Ramadhanku pada tahun ini masih belum cukup memuaskan.
aku bergraduasi seperti yang lain, tapi aku masih belum layak menerima dean award.
hari ini hari akhir, entah apa khabar agaknya imanku pada bulan-bulan lain nanti.
moga-moga hasil tarbiyah ketika di madrasah Ramadhan mampu mendidik iman dan nafsuku.
aku bakal merindui Ramadhan ini...sungguh aku iringi pemergiannya dengan air mata..
bagaimana agaknya keadaanku ketika melangkah keluar hari ini..
adakah aku telah dilimpahi walau sedikit dari rahmat dariNya?
adakah aku mendapat pengampunan dari Yang Maha Pengampun?
adakah aku antara golongan hambaNya yg terlepas dari seksa keras api neraka?
ya Allah, moga aku tidak tergolong dari kalangan mereka yg berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa..
dan untuk sekian kalinya,,aku bangun untuk bersahur..sahur yg terakhir=(
dan embun di pagi Ramadhan yg terakhir sudah cukup menggamit rasa,,,
bersama alunan zikir sayu dari corong speaker masjid...menemani pagi terakhir ini..
aku takut,aku risau, aku sedih....masih adakah lagi Ramadhan untukku...
ya Allah,,,pertemukan aku lagi dengan bulan penuh keberkatan ini=((((

18 August 2012
28 Ramadhan............
6.10 a.m

Tuesday, August 14, 2012

~penyesalan Ramdhan~

... Sejak Ramadhan yg pertama, Nur sentiasa mengisi hari-harinya dengan ibadah yg terbaik. Peluang menyambut Ramadhan di rumah pada cuti semester kali ini, sedikit membawa kegembiraan buatnya. Manakan tidak, dia punya lebih masa untuk melakukan ibadah-ibadah terbaik. Tadarus al-quran, solat-solat sunat, bangun malam, solat terawikh di masjid bersama keluarga dan dapat membantu ibunya. Dia melayari Ramadhan kali ini dalam keberkatan.
... Pada malam hari, dia akan hanyut dalam tahajudnya, penuh kekusyukkan. Tiada apa yg lebih diimpi melainkan keampunan dari Allah. Dalam sendu dan air mata, dia menangisi segala dosa dan kesilapan yg telah dilakukan. Moga-moga Allah memakbulkan doanya.
... 10 malam terakhir, semua umat Islam semakin berlumba-lumba menambah amal ibadat mereka. Pastinya kerana mahu menemui lailatul qadr yg dirindui. Paling tidak sekali dalam seumur hidup, setiap hamba Allah pasti ingin merasai malam terbaik itu. Namun, perlu diingat, 10 malam terakhir bererti Aidilfitri juga semakin menghampiri. Ada juga sebahagian umat islam yg lebih sibuk membuat persiapan hari raya. Nur juga tidak terkecuali. Kuih raya, mengecat rumah, menjahit langsir, membeli baju raya dan sebagainya.
.... Lalu, hari demi hari, tenaga Nur semakin berkurangan. Dia mula berasa malas untuk mengerjakan solat terawikh di masjid. Dia semakin kerap terlepas solat malam dan bilangan mukasurat bagi bacaan al-Qurannya juga semakin berkurangan. Semangat untuk mendapatkan lailatulqadr sudah semakin menyusut. ...Astaghfirullahalzim..........hingga malam terakhir Ramadhan, Nur baru tersedar jiwa Ramadhannya semakin kosong. Dan dia mungkin sudah terlepas malam lailatul qadr. Lalu dia kembali bersujud di keheningan malam, menangis meratapi kealpaan dan kelekaannya. Sehingga dia tersedar di subuh Aidilfitri bersama alunan takbir raya. Sekali lagi, airmatanya menitis, menangisi Ramadhan yg sudah berlalu..
...Mungkinkah Nur dapat bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan. Bulan mulia ini sudah berlalu pergi. Moga segala ibadahnya pada bulan Ramadhan lalu diterima Allah dan semoga diberi pengampunan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha menerima taubat. Dia mengetahui segala isi hati
~~ penyesalan Ramadhan Nur~~

Thursday, August 2, 2012

~takdir Allah~

hari-hari kita doa nak dapat suami yg soleh dan baik. kadang-kadang kita sempat berangan macam mana life kita nnt bila dh kahwin. nk solat jemaah, nak baca Al-Quran sama-sama. semuanya bahagia jer. semua nmpk indah dan sempurna. tapi, jalur takdir yg Tuhan dh tetapkan tak semestinya indah seperti doa dan angan kita. bila Tuhan nk uji sejauh mana sabar dan kuatnya kita,  dia datangkan ujian. dan antara ujian yg paling besar untuk seorang perempuan itu, bila dia dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yg tidak seperti dia impikan. punah harapan, terlerai doa.
dulu, bedaksejuk rasa rumahtangga itu semuanya indah belaka. sebab apa yg terpamer di pandanganku, semuanya yg indah sahaja. semua anggapan tu, menguatkan keinginanku untuk berumah tangga. dengan harapan, bila dah ada suami, semuanya akan jadi mudah dan bahagia.
namun.................kebelakangan ini, satu persatu kisah yg sering dilakarkan di cerekarama TV3, berlaku didepan mata. kadang-kadang ada rasa tidak percaya..dan kini, anggapan ku pada sebuah perkahwinan itu sudah berubah sama sekali.
ikatan itu tiada salahnya, namun hamba Allah yg memegang amanah itu yg mencemarinya.
pasti remuk hati seorang isteri bila dilukai sang suami.
kini, aku takut, takut andai tersalah membuat pilihan..
takut andai ditakdirkan bahtera rumahtanggaku bersama suami yg seperti itu..
jadi,aku mahu terus berdoa tanpa putus asa.... moga dipertemukan dengan lelaki yg soleh..
yg setiap perincian hidupnya berlandaskan syariat..yg meletakkan hal agama lebih dari segalanya..
yg menyanjung Tuhannya lebih dari segalanya....
mak kata "biarlah x hensem, xde rupa, tak berduit, tak kaya..asalkan pegangan agamanya elok"
dh berkali-kali dengar benda ni di mana-mana. tapi,,,kali ni sangat terkesan sebab datang dari seorang ibu yg makbul doanya..mak jarang bersuara soal jodoh dan kahwin, sbb tu nasihat ni aku akn pegang smpai bila-bila..
tiba-tiba semua rupa lelaki hensem dan smart yg kerap menjengah minda hilang dari bayangan..
tiba-tiba rumah besar dua tingkat dan imej CRV pudar dari minda...
yg aku nampak, sebuah rumah kecil yg disinari cahaya. bersama seorang pemimpin yg sederhana tapi jernih air mukanya....
Ya Allah, di bulan Ramadhan yg mulia ini, kuharap Kau kabulkan doaku
amin...........